Permohonan Menjadi Ahli AKRAB Secara Online

Permohonan Menjadi Ahli AKRAB Secara Online
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli akrab, anda boleh memohon di sini

Laman Portal Ahli AKRAB

Laman Portal Ahli AKRAB
Laman portal khas bagi ahli AKRAB sahaja

....::::=> Info semasa AKRAB <=::::.....

AKRAB mengalu alukan sebarang sumbangan kewangan dari mana-mana pihak bagi membantu AKRAB menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti kelab

10:00 PM

Logo AKRAB

By AKRAB Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan

LOGO AKRAB

Keterangan dan maksud Logo adalah seperti berikut



Logo diasaskan dengan Perkataan ‘AKRAB’ adalah singkatan kepada ‘Ahli Kelab Radio Amatur Bachok’. ini menunjukkan Ahli-ahli kelab ini sentiasa bersatupadu dan akrab dalam apa jua aktiviti yang melibatkan ahli dan bukan ahli.

Bentuk jalur di bahagian bawah melambangkan bentuk elemen antena
Radio Amatur yang digunakan rakan-rakan radio amatur.

Warna biru melambangkan keharmonian dan kesejahteraan ahli-ahli dalam berkomunikasi antara ahli dan juga rakan-rakan lain.

Warna Kuning melambangkan kesetiaan ahli kepada kelab demi menjaga keutuhan kelab.

Warna Hijau melambangkan ahli-ahli sentiasa mementingkan silaturahim yang merupakan tuntutan agama.

Warna merah melambangkan keberanian dan kesanggupan ahli dalam
menempuh cabaran alaf baru beradio amatur dan sentiasa bersedia
membantu pasukan keselamatan dari segi komunikasi.

9:45 PM

Ahli Jawatan Kuasa AKRAB TERKINI

By AKRAB Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan

Presiden :
En Mohamad Alawi b Md. Nor
(9W2 AWQ)
Naib Presiden: En Noordin b Mamat
(9W2 ZWB)
Setiausaha:
YM Tengku Azmi b Raja Ismail
(9W2 PKU)

Penolong Setiausaha
En Arman b Hussin(9W2 ARP)

Bendahari:
En Mohd Zaki bin Muhammad(9W2 JKI)

AJK
Pn Arita Hazlin Bt Ab, Halim
(9W2 CLD) En Che Ahmad Zakey b Abdul Rahman
(9W2 ONO)
En. Mohd Rasidi b Mohamad
(9W2 RZW)En.Mat Daud b Mamat
(9W2 ZPB)Wan Anami b Wan Harun
(9W2 NMI

Pemeriksa Kira-kira
Mr.Chia Boon San (9W2 CPW)En.Nik Mohd Azmi b Nek Mustapha (9W2 KPE)

9:45 PM

Syarat Keahlian

By AKRAB Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan

Merujuk kepada para (5,6,7) Undang-Undang dan Perlembagaan AKRAB

KEAHLIAN

(1) KELAB ini mempunyai tiga (3) jenis keahlian iaitu:

(a) Ahli Biasa

(i) Terbuka kepada warganegara Malaysia,yang tinggal di daerah Bachok, Kelantan yang mempunyai lesen radio amatur berumur 18 tahun ke atas.

(ii) Keahlian juga terbuka kepada warganegara Malaysia, yang tinggal di daerah Bachok, Kelantan, berumur 18 tahun ke atas dan berminat dalam teknologi radio amatur ( Pendengar Gelombang Pendek - Short Wave Listener). Dengan syarat dipersetujui dalam Mesyuarat AJK Kelab.

(c) Ahli Seumur Hidup

Terbuka kepada semua ahli biasa yang membayar yuran RM 200.00

(c) Ahli Bersekutu

Terbuka kepada semua Bumiputera warganegara Malaysia yang tinggal diseluruh Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berminat dalam teknologi radio amatur ( Pendengar Gelombang Pendek - Short Wave Listener). Mereka tidak berhak mengundi dan tidak boleh diundi untuk memegang jawatan di dalam KELAB.

(d) Ahli Kehormat

(i) Ahli Kehormat adalah diberikan kepada orang perseorangan yang telah berjasa kepada KELAB setelah diputuskan oleh Jawatankuasa KELAB.

(ii) Ahli Kehormat tidak dikenakan sebarang bayaran masuk dan yuran tahunan, akan tetapi Ahli Kehormat adalah berhak menggunakan apa apa kemudahan KELAB. Ahli Kehormat adalah tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung.

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa KELAB untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli KELAB dan berhaklah ia sebagai ahli.
(4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli KELAB ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

6. BAYARAN MASUK, YURAN TAHUNAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

(a) Ahli Biasa:
Bayaran masuk sebanyak = RM 30.00
Yuran tahunan sebanyak = RM 20.00

(b) Ahli seumur hidup

Yuran Seumur Hidup = RM 200.00

(c) Ahli Bersekutu:

Bayaran masuk sebanyak = RM 30.00
Yuran tahunan sebanyak = RM 20.00

(d) Ahli Kehormat:

Tidak dikenakan sebarang bayaran masuk atau yuran tahunan.

(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu tidak lewat dari 31 hb Mac tiap-tiap tahun.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya sehingga 31 hb Mei, akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi dua (2) tahun, akan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli KELAB dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

7. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1 ) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli KELAB, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Kehormat dan menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang KELAB atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik KELAB boleh digantung atau dipecat keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa menggantung atau memecat ahli tersebut, ahli itu hendalah diberitahu akan sebab-sebab bagi penggantungannya atau pemecatannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Penggantungan atau pemecatan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

8:36 PM

Pengenalan

By AKRAB Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan

Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok
Kelantan

No Daftar
0214-08-KEL,(9M4CAB)

Tarikh Daftar
3 Februari 2008

Alamat Surat Menyurat
Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok
d/a Lot 1113 Kampung Seneng Jelawat, 16370 Bachok Kelantan.

Kami Standby di
9M4RAB
147.7125 MHZ T 233.6 -600
Simplek V22
145.275

http://akrabonline.blogspot.com/