....::::=> Info semasa AKRAB <=::::.....


AKRAB mengalu-alukan sumbangan beteri terpakai daripada ahli-ahli dan rakan-rakan, bagi mengumpul dana untuk tabung AKRAB..

6:54 PM

Mesyuarat Agung Kali Pertama

By AKRAB Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan

26 hb april 2008, merupakan satu sejarah baru bagi rakan-rakan radio amatur di lokalan bachok kerana berjaya mengadakan mesyuarat Agong AKRAB untuk kali pertama, setelah didaftarkan penubuhan rasminya pada 3 Februari 2008 yang lalu..


Dengan usia yang baru 2/3 bulan sahaja, AKRAB telah berjaya mengumpulkan ahli dan rakan-rakan HAM, di lokalan dan di luar lokalan seramai melebihi 30 orang... Kehadiran rakan dari Pasir Puteh, Pemancar Besut, Pasir Mas, Rantau Panjang,.. telah memeriahkan lagi majlis Eyeball dan Mesyuarat yang berjalan lancar mulai jam 9.00 mlm berakhir jam 12.00 tgh malam


9M2SIX-Pak Nan menyampaikan ucapan


Tahniah kepada semua ahli jawatan kuasa yang telah di lantik...untuk dwi tahunan.. 2008/2009
semoga semuanya dapat menunjukkan komitmen yang padu bagi mendokong AKRAB, ke arah menjadi sebuah kelab yang benar-benar akrab.


foto ramai-ramai (maaf agak gelap malam kan)


Terima kasih di atas kehadiran dan sokongan semua

AKRAB DI UDARA AKRAB DI DARATAN

0 comments:

http://akrabonline.blogspot.com/